Thursday, 31 May 2012

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING MRSM

PENGENALAN

Pembangunan ilmu insan merupakan agenda utama dalam pembangunan negara. Justeru itu, peranan guru kaunseling menjadi tonggak utama dalam usaha merealisasikan hasrat tersebut.

Memandangkan kelompok guru kaunseling mendapat kemahiran khusus dalam membimbing para murid adalah perlu mereka merancang dan menyusun program dengan lebih teratur dan teliti agar perkhidmatan yang diberikan lebih berkesan. Bidang tugas dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah merangkumi perkembangan akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, keibubapaan, pendidikan pencegahan dadah serta pembangunan diri murid. Justeru itu, Unit Bimbingan dan kaunseling memainkan peranan penting dalam bersama-sama membentuk dan menghasilkan pelajar-pelajar yang berjaya bukan sahaja dari segi akademik semata-mata, bahkan dari segi sahsiah dan moral.

SENARAI KAUNSELOR


Nama : Mohd Farid bin Ahmad Kamil
Tempat Bertugas : MRSM Tun Abdul Razak


Nama : Mohd Radhi bin Abu Shahim
Tempat Bertugas : MRSM Felda Trolak


Nama : Suriyani binti Yahya
Tempat Bertugas : MRSM Tawau


PERANAN GURU BIMBINGAN     
           

Antara peranan Guru Bimbingan di MRSM ialah: 


1. Membantu pelajar membentuk personaliti yang sihat disamping membimbing pelajar supaya menimbulkan kepercayaan bahawa dirinya dihargai.

2. Memberikan perhidmatan kaunseling secara individu ataupun kelompok kepada para pelajar supaya dapat memperbaiki keadaan diri.

3. Membantu dan membimbing para pelajar dalam membuat persediaan diri sebelum menempuh alam pekerjaan dari segi kedudukan akademik, konsep diri, nilai yang dipegang, minat diri, peluang dan prospek pekerjaan.

4. Bertanggungjawab dalam menjaga kedudukan akademik pelajar disamping menentukan pencapaian yang setaraf dengan keupayaan pelajar.

5. Membantu menjalankan kaji selidik dan kajian supaya dapat membantu maktab dalam perancangannya.

6. Berperanan selaku pakar runding dalam hal-hal perkembangan personalitii, remaja, tingkahlaku, perasaan, komunikasi dan proses kaunseling.

7. Membimbing pelajar supaya dapat menyesuaikan diri dalam suasana yang berlainan seperti penyesuaian diri dengan kehidupan di MRSM, sistem akademik di MRSM dan penyesuaian dengan persekitaran di luar.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
 
Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan untuk pelajar-pelajar diberi
dengan cara kaunseling  individu, kaunseling kelompok ataupun pengajaran 
secara kelas oleh anggota Unit ini sendiri ataupun dikemukakan menerusi 
perjumpaan Homeroom. Antara perkhidmatan yang disediakan di  unit   
Bimbingan Dan Kaunseling MRSM ialah:
 
Perkhidmatan-Perkhidmatan Untuk Pelajar

1. Kaunseling ke arah keselesaan pelajar

2. Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya

3. Penyesuaian Diri

4. Bimbingan Pembelajaran

5. Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

6. Pendidikan Efektif dan Kecerdasan Emosi

7. Kaunseling Pemulihan (bagi kes-kes disiplin)


Perkhidmatan-Perkhidmatan Untuk Guru

   1. Sumber maklumat berkaitan pelajar
    2. Pakar runding dalam hal-hal perkembangan personaliti, remaja, 
        tingkahlaku, perhubungan dan proses menolong.
   3. Pencalonan pelajar untuk tujuan tertentu

AKTIVITI-AKTIVITI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING MRSM


Pelajar-pelajar sedang mendengar taklimat kemasukan ke
 University of Melbourne 


Pelajar-pelajar sedang mengikuti aktiviti kembara malam


Program "Sky High of Motivation" kerjasama dengan 
Kelab In-Smartif
Universiti Malaysia Pahang (UMP)



 Lawatan ke Fakulti Kejuruteraan Kimia 
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
 
PERANCANGAN AKTIVITI 
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING MRSM 2012 

  1. Program Re-orientasi
  2. Program Orientasi pelajar baru
  3. Program Sekolah Angkat Sk Kg. Acheh
  4. Program Sekolah Angkat Sk. Pulau Serai
  5. Program Pameran Kerjaya
  6. Bengkel Penulisan Resume
  7. Bengkel Etika Menghadiri Temuduga
  8. Program Mock interview
  9. Program ICAS
  10. Program Kem Kepimpinan
  11. Program perkongsian ilmu bersama bekas pelajar MRSM 
  12. Program Simulasi Kerjaya sebagai seorang Juruterbang
  13. Lawatan Kerjaya Ke Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  14. Program Total Talent Portfolio (TTP)
  15. Program Motivasi "Anda orang berjaya"
  16. Program ceramah halatuju selepas SPM



No comments:

Post a Comment